28 Jan Mesyuarat Interim Ke-2
Mesyuarat Interim rasmi ke-2 Jawatankuasa Pemandu Projek SustainaBlue (PSC) telah berjaya diadakan di Athens pada 23 dan 24 Januari 2025, menandakan tamatnya tempoh 14 bulan pertama projek ini yang digerakkan oleh dedikasi dan kerja keras semua rakan kongsi.
Rakan kongsi dari Malaysia, Indonesia, Greece dan Cyprus telah berkumpul selama dua hari yang sangat produktif, dan didalam tempoh tersebut, semakan menyeluruh dan pembentangan projek telah dijalankan. Para rakan kongsi membentangkan semua aspek projek secara terperinci, termasuk isu teknikal, pentadbiran dan kewangan, menilai kemajuan, mengenal pasti risiko yang berpotensi, membuat keputusan penting untuk memastikan pelaksanaan yang lancar serta merancang langkah seterusnya secara strategik.
Mesyuarat interim selama dua hari ini telah dianjurkan dengan cemerlang oleh Symplexis dengan sokongan rakan kongsi Eropah. Ia berakhir dalam semangat kerjasama dan keselarasan penuh dengan matlamat serta hasil projek pada masa hadapan.