Mesyuarat Bersemuka Interim 4 di George Town, Pulau Pinang

Face-to-face Interim Meeting 4 in George Town, Penang

Mesyuarat Bersemuka Interim 4 di George Town, Pulau Pinang

Mesyuarat secara bersemuka kali ketiga bagi mesyurat interim keempat bagi rakan kongsi SustainaBlue telah berlangsung di George Town, Pulau Pinang, Malaysia pada 5 dan 6 November. Dengan layanan mesra dan penganjuran cemerlang oleh USM serta pasukan yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah dan Dr. Mahadi Mohammad, mesyuarat ini telah memberikan peluang unik untuk meninjau secara terperinci dan substantif kedua-dua hasil kerja yang telah dilaksanakan serta yang dirancang bagi tahun terakhir projek.

Melalui pembentangan, perbincangan meja bulat dan suasana kerjasama yang mesra, para rakan kongsi telah bersetuju mengenai langkah jangka sederhana dan panjang, membincangkan kelestarian projek serta memuktamadkan garis masa yang mesti dipatuhi bagi memastikan kejayaan berterusan pelaksanaan projek.

Kini setelah dua tahun pelaksanaannya, projek SustainaBlue telah berjaya menyiapkan pencapaian penting dan mencapai penunjuk prestasi utama ke arah objektif utamanya, seperti meningkatkan kemahiran tenaga pengajar daripada empat Institusi Pengajian Tinggi Asia dan memodenkan penawaran akademik untuk Ekonomi Biru Mampan; memindahkan hasil penyelidikan dan pengajaran kepada komuniti pesisir tempatan; meningkatkan kemahiran pelajar dalam sektor ekonomi biru mampan serta melatih semula dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja aktif dalam industri biru; memperkukuh kapasiti kakitangan institusi untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan industri ekonomi biru, serta meningkatkan kesedaran tentang kerjaya didalam ekonomi biru mampan, khususnya dalam kalangan wanita.

Kami terus bergerak dengan kemajuan yang mantap dan semangat kerjasama merentasi dua benua dan empat negara, membina asas kukuh serta alat inovatif untuk Ekonomi Biru Mampan yang memberi impak antarabangsa.



SustainaBlue Project
Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.