Memperkasakan komuniti pesisir pantai tempatan melalui bengkel pemindahan ilmu berkaitan Ekonomi Biru yang mampan

Memperkasakan komuniti pesisir pantai tempatan melalui bengkel pemindahan ilmu berkaitan Ekonomi Biru yang mampan

Empat buah Pusat Ekonomi Biru Mampan yang ditubuhkan oleh UMT dan USM di Malaysia, serta UI dan ITS di Indonesia, telah menganjurkan satu siri bengkel bagi memperkasa nelayan tempatan, pengusaha akuakultur dan usahawan berskala kecil melalui pengenalan kepada konsep Ekonomi Biru Mampan, faedah dan peluang yang ditawarkannya, serta penggunaan sumber marin secara lestari.

Seramai lebih 690 orang peserta telah terlibat secara aktif dalam bengkel-bengkel yang dijalankan di pelbagai wilayah di Malaysia dan Indonesia. Reka bentuk bengkel mengambil kira keadaan setempat, keperluan dan cabaran tempatan, sekali gus mewujudkan platform yang kondusif untuk ahli akademik, pihak industri serta komuniti pesisir pantai berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan masing-masing. Sesi-sesi bengkel ini telah memperkenalkan prinsip teras Ekonomi Biru Mampan dengan mengintegrasikan kesemua elemen falsafah Ekonomi Biru berteraskan alam semula jadi 8R.

Hasil pelaksanaan bengkel tersebut adalah amat positif dan memberangsangkan, antaranya:

  • peningkatan kesedaran, pemahaman yang lebih mendalam serta pemindahan pengetahuan yang berkesan berkaitan Ekonomi Biru Mampan;
  • pengenalpastian cabaran dan peluang tempatan, peningkatan prospek sosioekonomi, serta sumbangan input komuniti yang bernilai;
  • penciptaan nilai sosial melalui pengukuhan kerjasama antara institusi akademik, komuniti tempatan dan pihak berkepentingan; dan
  • cadangan praktikal bagi meneruskan kerjasama pada masa hadapan.

Kesemua pencapaian ini mengesahkan peranan penting Pusat Ekonomi Biru Mampan sebagai hab pemindahan pengetahuan, inovasi serta penglibatan komuniti yang inklusif.



SustainaBlue Project
Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.